Pages

Secebis untuk rakan baik (memoriku di UPM)

Notakepala: Entri ni panjang giler2. Giler pun tak panjang macam nih. Jadi jika anda mahu pergi toilet ka atau mahu pergi siram pokok ka, pergi dulu satgi datang balik. Ekekekeke! :D Biasa la, bila dah keluar university ni, hati jadi sentimental jadi akan menghasilkan entri yang super-duper panjang dan berunsurkan kenangan.



Petikan ulasan dari kawan-kawan kolej.


1.
*******: You all dulu satu sekolah ka?
Kami: Tak la.
Maha: (Angguk-angguk kepala)

2.
Dayana: Korang dulu satu sekolah ke?
Saya: Tak la. Semua lain-lain sekolah. Matrik pun lain-lain

3.
Felo: Korang memang selalu 4 orang eh tak pernah berpisah?
Saya: Kenapa? Salah ke?
Felo: Tak de la salah. Aku ingat korang tak kawan dengan orang lain.

4.
Abg Fadzli: Hmm...adik ni, kalau jalan dengan yang tu, asyik dengan yang tu je la…
Saya: (Dah agak dah mesti dia akan mention ayat ni) Ye la, dah baik kamceng dengan dia, mesti la jalan dengan dia takkan tinggalkan dia pastu pergi jalan dengan orang lain kot. Bukan tak tegur dengan orang lain. Tegur je, abg Fadzli je yang tak nampak.
Abg Fadzli:*Diam* (kemudian tukar topik lain)








Ramai yang mempersoalkan kerapatan kita kan? Disebabkan kita terlalu rapat, ramai yang menyangkakan kita dulu pernah satu sekolah or pernah satu matrik.Bahkan ada suara-suara yang mengatakan kita sombong tak nak tegur@berkawan dengan orang lain sebab kita ada geng di sini. This make me wonder, apakah budaya groupie dibanned disini? Dulu masa sekolah menengah, budaya geng dah wujud dan tak pernah memberi masalah ketika itu. Di sini, ia seolah-olah perkara yang besar dan perlu diberi perhatian. For me, ia tidak salah asalkan kita masih bertegur dengan orang lain. The problem is, adakah suara-suara itu nampak kita bertegur dengan siapa? Mereka nampakkah dengan siapa kita bertegur di blok? Takkan setiap masa kita perlu memberitahu , dengan siapa kita tegur hari ini, dengan siapa kita tegur esok. Eh, macam pelik. Sya, masih kah kamu ingat masa kita applied Latihan Industri(LI~praktikal) dulu. Kita tak pernah terfikir pun nak minta LI satu tempat pun kan? Padahal semua best friend2 ni semua applied LI at least dua orang satu tempat (Cuma antara dapat dengan tidak je). Kita yang rapat giler ni pun tak applied sekali satu tempat. Kenapa? Sebab kita masing-masing fikir, rapat kita ada batasnya. Mana challenge kan berada di tempat baru tapi ada orang yang kita rapat ada di tempat yang sama. Bukan semua tempat kita asyik berkepit kan? Lagi satu, kita mahu buktikan yang walaupun kita sorang-sorang di tempat baru, kita masih boleh survive. Masih boleh bergaul dengan orang lain di pelbagai peringkat umur tanpa sebarang masalah. Masih boleh mencari kawan baru.







Masihkah kalian, rakan-rakanku ingat masa pertemuan kita mula-mula dulu?


Ya, minggu orientasi. Nik Liyana(Ayie) merupakan roomate ku. Kami berjanji nanti minggu orientasi akan pergi mana-mana pun bersama-sama (tipikal punya pemikiran orang yang baru masuk Uni. Well, biasa la. Anda juga begitu kan?) Sya kebetulan satu group denganku (Ayie group lain). Masa tu ku masih mencari-cari dengan siapa mahu kawan. Tiba-tiba ada dalam senarai ahli kumpulan tertera nama Sya. Dalam hati: Wah, bilikku dengan dia dekat nih! Sampai2 bilik, cari nombor bilik Sya. Nah! Rupa-rupanya kami depan bilik je. Pergi toilet kejap kebetulan terjumpa Sya tengah basuh baju. Ku yang tegur dia dulu “Wah, rajinnya basuh baju minggu orientasi ni”. Sya hanya senyum . Yang pasti senyumannya ikhlas. (Ceh ceh ceh. Sya jangan gelak! Jangan gelak!). Lepas tu ku pura-pura tanya dia, nama dia, course apa, kumpulan apa (padahal nama, course, kumpulan semua dah tahu awal2 sebab tengok detail kat pintu bilik dia.kahkahkah~At the last saya beritahu dia pasal rahsia ni, kami memang gelak giler la). Biasa la, kita kene tahu berbahasa-basi…Walaupun dah tahu awal-awal , borak je apa-apa supaya ada topic dan buat masing-masing rasa selesa. Nak tahu apa pendapat Sya terhadapku awal-awal dulu? Dia kata ku banyak betul bercakap dan asyik rancak berborak dengan orang lain. Jumpa waktu ni, tengah rancak berborak dengan orang itu. Jumpa lagi waktu lain, tengah borak rancak dengan orang lain pula (masa itu belum bahagi group lagi so masih belum kenal Sya..hohho)





Dengan Ayie, mula-mula tak berapa rapat. Lagipun dia masa tu kebetulan satu matrik dengan rumate saya yang lagi satu, Shida. Jadi mereka banyak berborak pasal kawan-kawan yang mereka kenal di matrik dahulu. Lama-lama baru kami jadi kamceng. Ayie ni memang takut kucing. Kalau kucing depan mata confirm dia akan menjerit walaupun kucing tu pandang dia pun tak. Dia segan orang jumpa blognya, jadi dia suruh ku tukar namanya jadi “Si penakut kucing”. Hahahaah!! Boleh pulak. Ku ikutkan sajalah..hahahah




Dengan nora, mula-mula kekok sikit. Sebab muka dia nampak garang sikit (hihihih..Jangan marah nora). Mula-mula ku tak berapa rapat dengan dia sebab tyme tu rapat dengan Sya and Azalea sebab kami satu group. Nora rapat dengan Nik sebab mereka satu matrik jugak dahulu jadi banyak cerita pasal kawan yang mereka kenal di matrik. First time ku rasa rapat dengan nora masa kami beratur bayar makanan di park view dan seseorang telah langgar nora punya laksa sampai tumpah kene baju dia (Ingat lagi tak nora?). Tak tahu kenapa, sejak tu kami baik.



Mula-mula, bahasa interaksi semua sopan giler. Ingat lagi ayat mula-mula. “Nanti kita pergi kuliah sama-sama tau” (ayat tipikal orang yang baru kenal.kekekeke). Lama-lama baru tahu perangai sorang-sorang macam mana. One sentence can describe “Tak sangka kita semua macam ni”.



Korang masih ingatkah ‘dia’ yang pernah hadir dalam hidup kita berempat? ‘Dia’ yang telah menguji kesabaran kita. Masih ingatkah peristiwa pada malam bersejarah itu? Tak apa, time kan heal la kan?




We have a lot of fun together. Ketawa dengan semangatnya. Mencipta lawak yang hanya kita berempat je faham sampai jika ada orang lain bersama-sama kita akan terkebil-kebil tanda tak faham. Pulak tu masing-masing pandai je menggubah ayat kemudian mengaitkan dengan apa-apa untuk mengenakan dan mengusik antara satu sama lain lepas tu ketawa kahkahkahkah (err..sopan sikit dari ketawa yang ini.hahaha). Lepas tu semua pun pandai mencipta term-term baru yang kreatif untuk mentertawakan orang lain. Opsss!!! Hahaha..Asyik orang je yang cakap pasal kita, sesekali kita cakap pasal orang apa salahnya.



Sya dan nora masih ingatkah, kita bertiga pernah ada suatu hari tu bercerita dengan rancak giler nak mati siap gelak2 semua, tiba-tiba boleh sesat. Masa tu kita kat ITMA, rancak2 cerita, sedar2 je kita berada di jalan mati! Sedar-sedar je kita dah tak boleh jalan dah sebab ada pintu kat depan. Depan kita tu hanya 0.5 meter dengan bilik lecture mana tah kat depan mata. Eeeiii, tah apa-apa kan? Punya la cerita sampai tak sedar ke mana kaki kita melangkah padahal masa tu sepatutnya 5 meter lagi kita dah sepatutnya boleh nampak terang-terang itu adalah pintu bilik lecturer. Lepas tu setengah jam kita tak berhenti gelak pasal kejadian tu je.




Kita tak pernah bergaduh secara officially kan? Sebab kita amalkan petua “Jangan mudah merajuk”. MAAFKAN DAN JANGAN AMBIL PUSING. Kalau kawan pergi mines kemudian terlupa belikan barang yang kita pesan, mengapa mahu terasa kan? (macam kenal je siapa ni.Opss!!).The keyword is, kawan kita tak sengaja. So, kita jangan ambil hati sangat. Kecil hati tak salah tapi terpulang kepada cara kita treat rasa kecil hati itu. Sama ada mahu bermasam muka, menjauhkan diri atau just lupakan sahaja. Contohnya masa Sya miscall nadia selama 11 kali dan mesej pun tak ber-reply sampaikan lepas tu Sya main-main cakap nak belasah nadia. Wakakka!! Ya Ampun Sya, guwe bukan sengaja dong! Hahaha..Nadia ni, kalau dengan hp tak berapa nak berkepit sangat jadi possibility untuk terlupa tengok mesej memang tinggi(sebab selalu silence lepas tu biar je dalam beg..hhaha). Bagiku, telefonku ini hanya ada dua fungsi paling utama. Alarm dan kamera. Lain kurang penting.hahahaa..




PERKARA YANG KITA BUAT DI UNI BELUM TENTU KITA BOLEH BUAT DI ALAM PEKERJAAN KAN?



1) Kalau lab report tak sempat disiapkan sebab busy dengan exam, kita masih boleh pujuk2 akak demonstrator tu supaya boleh antar lewat sikit la. Akak tu macam tak kasi , kita masih boleh pujuk-pujuk kasi ayat giler punya manis. Gula pun tak manis macam ni. Wakakaka! Sampai akak tu lemah dengan pujukan kita dan setuju dengan kita. Kalau kerja nanti? Haa buatlah selalu kalau nak kene diberhentikan awal.


2) Kalau kuliah tu, kita kadang-kadang je sampai awal atau tepat masa(sebab selalu sampai lewat.ngeh3x). Lewat 10-15 minit camtu. Sampai satu kuliah dah cop muka kita muka lambat. Sampai ada sesekali kita awal, orang macam hairan bin ajaib. Kenapakah awal? (tanya mereka). Ingat kita demam ke apa tah tiba-tiba awal ke kuliah. Kahkahkah!!! Kalau kerja? Haa…buatlah kalau nak diberhentikan awal.


3)Kalau time kuliah, kita boleh main ponteng2(ponteng ada sebab okeh. Ceh ceh) . Kalau kene dengan lecturer yang kira waktu tu berapa orang yang hadir, tak boleh lah guna teknik sign-kan kawan. So, kalau rasa nak ponteng atau ter-ponteng (baca:bangun lambat), kita tiga-tiga akan ponteng serentak lepas tu akan kira berapa hari kita dah ponteng untuk cukupkan kehadiran 80% (means boleh ponteng 20% je) supaya boleh sit final. Kalau kene dengan lecturer yang tak kira berapa orang pelajar yang hadir, kita signkan untuk siapa punya turn ponteng (antara kita bertiga). Means dua orang je yang datang, sorang je boleh ponteng. Kita bertiga siap boleh buat jadual tu hari ni siapa boleh ponteng, esok siapa boleh ponteng.Wakakaka! Sebab kalau semua ponteng siapa nak signkan? Ada sekali tu, Sya dah ponteng sekali (turn dia ponteng) esok tu dia bersuara mahu poteng lagi>--- Ewah ewah, banyak cantik (ku dan nora berkata kepada Sya. Terkekek-kekek dia gelak). Hahaha..Kalau kerja? Haa..Buatlah kalau nak dapat notis berhenti kerja.



3) Kalau hari biasa ke kuliah kita selamba je pakai sandal. Tak pakai kasut bertutup macam dalam peraturan UPM. Selamba je pakai jeans. Bila nampak pak guard mulalah nak lari-lari menyorok di sebalik kereta tah siapa2 atau disebalik tembok..hahahaha. Takut kene sound punya pasal. Kalau kerja? Haa…buatlah macam tu kalau nak disound dengan pedas seterusnya diberikan notis.



Oh kenangan! Kenangan! Kenangan! . Pasti suatu hari nanti aku akan merindui peristiwa2 di atas. T___T. Pasti suatu hari nanti benda2 ni akan kembali muncul dalam ingatan dan kita akan tersenyum sendiri.

4 voice out:

Lovely Emy said...

hehee, felo nombor 3 kte rasa opel,

mmg kenangan terindah adalah kat U kan :)

Nadia said...

wah! Pandai ah emy ni...kekekeke..Yup2, kenangan terindah =)

nasya said...

hikhikhik..felo mane lagi..'nak seribu daya xnak seribu dalih'...wakakkakkakakakkakaka!!(ooopsssss)....hihihih!

Bukan ka ITMA jer..bila dah citer-citer kan walaupun ngah berjalan...dari fakulti bleh sampai library tapi sebenarnyer nak gi parkview...hahhahhaha!!dasyatnya bila kita berciter..dah xtoleh kiri kanan depan blakang....hihihih!!

Terms paling besh.."mechanism'...hihihih!!dr bad mud trus ketawa berdekah2...wkakakkakkaka

nasya said...

btul2...susah la kan nk rapat kalu asyik org nak jaga ati kite..tapi kite xpandai nak jaga ati org..yg penting bila trase or wat org trase..kite just take it as..'mmg dah dia cm tu, xkisah la'....hehhehheh!!

~DIA...hurm..
~Addy , cter pasal KD ady lupe tulis..hikhikhik