Pages

Dinner Kolej Kelima: As a final year student..

Notakepala: Entri ini mempunyai banyak giler gambar.





Seperti yang saya pernah katakan dalam entri ini. My dinner kolej (Kolej Kelima UPM) is on 5th April 2009, di Berjaya Times Square Hotel & Convention Center.Start 9 malam. Tema=glamorous. Happening n glam.Itu yang aku dapat gambarkan dinner kolej kali ni.. Okaylah, kita pergi ke urutan majlis.






Ketibaan tetamu kehormat dan perarakan pelajar tahun akhir masuk ke dalam Dewan. VIP kat paling depan, kitorang semua kat belakang dia beratur panjang2. Masa ni spotlight betul2 depan mata sebab tu nampak macam ‘bercahaya’ giler.



Lepas baca doa, nyanyi lagu semua, ada la persembahan pembukaan lepas tu ada segala jenis ucapan orang-orang penting (VIP, Pengetua n bla bla bla)



Lepas tu, masa yang ditunggu. Makan tyme! Hhhehehe. Before tu ada gimik dan persembahan makanan terlebih dahulu. Masa ni waiter2 semua bawa apa benda tah, periuk tanah ke periuk api ke entah la. Besar semacam. Kemudian periuk besar gedabak tu mereka bawa ke atas pentas..














Rupa-rupanya dalam periuk tu ada…..




Gadis rupanya



Lepas tu ok, memang makan tyme. Chinese food biasalah, makanannya pelik-pelik tapi sedap betul la serius! Tak tahu nak gambarkan macam mana tapi memang sedaplah.


Meh saya perkenalkan rupa menunya satu-satu






1) Sebaik sahaja sampai di meja, kami dihidangkan dengan Chinese Tea. Err…Tawar.Macam pahit sikit pun ada(Err..gambar takde sebab tak sedap.hahha )
2)

Two Appetizer Combinations

3)

Braised Crab Stick with Dried Seafood Soup

4)

Deep Fried Crispy Boneless Chicken with Mango Sauce

5)

Steamed Red Snapper Fish with Home Made Bean Sauce

6)
Stewed Assorted Mushroom with Broccoli

7)

Wok Fried Rice with Seafood Anchovies

8)


Chilled Longan with Sea Coconut & Slice Lemon





Lepas tu ada sesi cabutan bertuah. Before tu aku ada cakap dengan rumate aku sambil memegang tiket cabutan tu. “Tolonglah no 48 jadi nombor bertuah sikitlah hari ni!”.



Yelah, selama 22 tahun hidup, tak pernah sekalipun aku dapat apa-apa cabutan bertuah . Sedih giler. Rasa macam tak bertuah giler. Dan tak tahu lah kot aku terlupa yang semalam aku ada termakan lauk kailan ikan masin ke , atau aku ada sentuh sikit ikan masin yang kering ke.Mulut tiba-tiba jadi masin. Tiba-tiba aku dapat pulak. DENGAN ITU AKU SECARA RASMINYA MENGGUGURKAN TITLE 'TAK BERTUAH' AKU TU...Owh, masa mc umumkan nombor aku tu, aku macam terkejut + excited giler la. Kalaulah melompat di khalayak ramai itu adalah perkara yang tidak menjengkelkan, sure lah aku terlompat-lompat sambil cakap “Saya! Saya! Saya!. HAHAHAHAHA!!! Kecoh je nadia ni. Orang lain dapat banyak kali takda kecoh apapun..hahaha




Err..Da dapat hamper, haruslah berposing dengan hamper dengan segera kan.















Okay, di bawah ada gambar-gambar posing kami masa di sana. Owh, banyak seh. Maklumlah, memang bergambar sakan kan..Lepas ni, mana ada bergambar cenggini lagi. hohohoh..So, kerana itu saya buat dalam bentuk scroll. Bukan apa , takut nanti 5 tahun akan datang, saya datang tengok blog ni balik, tiba-tiba ada sindrom muntah di blog sendiri gara-gara terrrrrlaluuuu banyak gambar kan..kehkehkeh



































Macam bosan je tengok muka kami berempat je. So, amik la gambar2 dengan orang sekeliling yang dikenali jugak.

















antara pelajar tahun akhir yang hadir






dengan Raja. Coursemate..




Dengan Hafiz a.k.a muse dan juga Mat.




Dengan Abut. Coursemate




Dengan Mr. Lim. Oh, kami semua suka dengan dia sebab dia ni memang sangat pandai mengajar.


Ni dia . QUEEN OF THE NIGHT (gaun ungu tu). Err..mana dia King of the night? Macam biasa lorr..Kalau lelaki tu takde nak fesyen sangat. King itu memakai blazer, kemeja, topi, kasut..Biasa kan? (Memang la biasa, lelaki takkan nak pakai riben ka atau lip lap sana sini pulak kan). Oleh itu, sila kagum dengan perempuan sebab kami boleh mempelbagaikan pakaian lebih dari lelaki. hahaha.. Ok Ok, move!




Dengan Ima,my junior...Kenal sebab kami sama2 AJK Sambutan masa event PENITI.




Dengan Fairuz Ain, our KTO 3 labmate



Tabblemate



Dengan budak-budak ex-MTM K5...



Dengan yaya dan sharina..







Aku suka gambar ni. Clutch kepunyaan ayie ni membawa cerita yang tersendiri. Manik lip lap tu asyik melekat (tersangkut) kat baju je. Masa terlekat tu ayie pun terkata-katalah “Ah! Melekat! Melekat! Melekat!” Lepas tu ada la sesi membuka lekatan antara clutch ni dengan baju (baju ayie) .Ada sekali tu terlekat jugak dengan baju orang lain masa sesi mengambil gambar tu..hehehe…









Okay, tamat sudah. Minggu ni bukan setakat minggu busy, tapi minggu tension, minggu bengang n bla bla bla semua ada. Minggu ni kene get ready untuk VIVA tesis Final Year, seminar di Hotel Palm Garden, Presentation KTO 3, Lab report KTO yang terakhir dan GET READY FOR FINAL EXAM MINGGU DEPAN! Fuh, tak sangka dah nak final dah. Dah tak boleh aktif berblogging selama 2 minggu dah. Thanks to google reader. Bila aku kebosanan nanti bolehlah membaca update blog anda dari sana nanti ;) Err..dah macam penagih plak. Penagih blog. Sejak bila tah. Asal ada je update dari rakan blogger, cepat je nak bukak kemudian baca. Bila tension je, baca blog rakan blogger. Semuanya blog. Makan blog, minum blog, tidur blog. haha..Buktinya, gambar2 dinner ni first di upload di blog terlebih dahulu. Macam biasa. friendster seperti dianak-tirikan. Nanti-nantilah baru upload di friendster.



p/s: Plurk macam kene update selalu. Tinggal lama sikit, karma akan menurun. Cet. hahahaha

13 voice out:

Nadiah Suhaidi said...

wahhh sonok tol nadia pegi dinner ek..heheh..

eehhh kawan nadia yg melekat baju kaler pink tu mcm baju tunang akak la :P

farah, s. said...

btul2 tinggal lama sket dh turun karma. siot.haha.


wawawawahhhhhhhhhhhh mmg mantap la dinner korang. dgn gadis kuar dr periuk, dgn menu mantap2, sorang2 pun glam abes. huhu. puas hati la kan nadia. adeh teringin nk g dinner gk.hahaha

btw entry ini mmg byk gmbr ;p tapi i like. sbb bukan selalu dpt tgk gmbr nadia byk2 ni ;p

Insyirah said...

banyaknya gmbr... muehehe... :-p

nice event and nice food too...but make sure ur final exam kena mantap gak!

All the best nadia! Chaiyokk!!

zureen @ mama said...

Bestnyer dinner..banyak betul hidangan yg disediakan,,terhabis ke mkn??(Tiba2 rasa lapar pulak..he3)
Baju pun cantik..

aimi liyana said...

hehe, thnx nadia wish tu.

xdapat tgkp gbr dgn geng korg sbb masa tu kte actually ada masalah.

nti da update blog baca la masalah tu ye :)

masa tu rs nak balik cepat je..
xde mood nk tgkp gbr byk2..

Yana Ismail said...

huhu...comelllnyer dia..;)tdg ala2 siti nurhaliza...ewahh..huhu..hrtu kawan yana nk try style tu tp tk reti..

chinese food kan?cm sama je menu dinner yana kt jb tu..hehe sedap ke dear?igt ikan tu..ahaks

mun-e said...

fewittt tudung ct :p wow siap ade fesyen berkemban tuuu seyes budak UPM ni? zaman saya xde pon kemban2 gini.

HAHAHA.

besh besh dinner kolej korang. very the glemer ikut tema gitu..

saya dulu kolej 12 jerrrrrrrrr

kihkih

Anonymous said...

part manusia dok dalam mutiara tu tak menahannya. apesal tak letak mamat hensem? boleh diya kidnap terus. hak hak hak =p

baru nampak the whole baju nadia tu. sangat nice. sesuai dengan nadia =)

13may said...

wah wah wah :D

Dota Melayu said...

gadis dalam periuk tu buleh makan tak?
die masak ape gadis dalam periuk tu?
3 rasa ke?

Encik Shino said...

waaaahhh mantap..
kalau dia hidangkan yg gadis tu kat meja ai..

alangkah bestnye!! :D haha

kenangan ni.. sure jd ingatan kan??

Admin said...

eh.. asl ko pakai 2 tudung? hehe. cm nk nikah je

Nadia said...

kak nadxoxo: Tu la, dah tengok baju tunang akak. Memang lebih kurang sama tapi design corak lain sikit.heheh

farah: yup2..memang puas hati farah..takpe2, nanti farah nak habis nanti mesti ada dinner jugak kan..hehehe

kak syira: thanks kak. yUP2. akan studi elok2..

kak zureen: habis kak..Licin. hoho

emy: ur welcome... dah baca dah. banyak jugak emy bergambar..heheheh

yana: sedap2.. hehehe..sama ea? Ikan tu orang kata hanyir sikit tp nadia makan ok je..hihi

kak murni: aah. Dia budak satu kolej...Ala, kolej 12 pun mesti besh kan? huhu

diya: thanks diya..tu la. Maybe perempuan ni sebagai daya penarik kot. Klau lelaki ni kurang agaknya daya penarik bg mereka..ngehehe

13 may: :D

syaq:mana ada masak gurl tu.adeh, manusia makan manusia tu dah kira spesis lain tu..wakakaka

shino: heheheh...yup2..sure akan jadi memori manis :)

ubey: ramai je pakai 2 tudung. Kata dinner, melaram macam org kawen tapi tak kawen apa salahnya..hahahaha