Pages

Kadang-kadang manusia sukakan keunikan.

Hampir seminggu tidak berinternet, rindunya aku pada kalian. Ya, anda, rakan bloggerku. Apa khabar? Masih sihatkah? Farah masih busy dengan assignment kah? Diya pula sudah tentu berada di rumah kan? Searching for ur first job probably.. Yana, sure ambil master kan? Good luck! Kak nadxoxo pula apa cerita terbaru? Tentang persiapan bernikah mungkin. Tidak ketinggalan kak zureen , kak Syira dan lain2 (sekadar menyebut beberapa nama yang terlintas di fikiran). Wah, seriously saya rindu kalian! Hampir seminggu di rumah membuatkanku resah gelisah kerana tidak mengunjungi ‘rumah’ kalian. Ia, pelik kan sindrom ni? Lagi dasyat daripada sindrom Selesema Babi yang hebat berkembang di Mexico sekarang. Oh ya, aku sekarang sedang memujuk ayah untuk memasang Strymex di rumah. Tapi bukan sekarang lagi. Sebab kalau pasang sekarang ayah kata sure aku akan melekat di internet tak nak kerja. ahahaha... Saya terangkan kat dia sedikit sebanyak kelebihan internet ni. Boleh minta kerja melalui internet, boleh selalu semak jobstreet tengok kot-kot ada kerja terbaru ke, kalau dah kerja mungkin kerja yang memerlukan internet untuk cari maklumat ke apa ke, boleh update blog, melawat blog rakan, bersosial di blog orang lain.



Ok lah, entri ni nak bercerita tentang secret admire. Jeng jeng jeng!! Awal-awal diingatkan, orang yang ingin kuceritakan ini bukannya saya nak teringin buat boyfriend ke, suami ke, . Not ok! No! It’s just an admire (fuhh..ni yang best jadi single nih, boleh main admire2 orang tanpa rasa bersalah sikit pun dalam hati)..Anyway, zaman university kalau tiada admire orang lain macam bosan lah bukan? Main-main lah okay bukan serius sampai kasi surat ke minta nombor telefon ke apa semua. Hahahah..




Frankly speaking, aku sukakan keunikan, kelainan dan sewaktu dengannya. Apa-apa yang aku nampak pelik dan di luar dari kebiasaan, aku mudah tertarik. Aku tak sukakan sesuatu yang terlalu biasa..Ini juga termasuk dalam admire orang. Bagi aku DIA tu takde lah hensem sangat, mukanya biasa-biasa je. Sangat biasa. Boleh ditemui di mana-mana. Tapi keunikan dia yang buat aku keep my eye on him. Dia yang aku maksudkan catch my eye on first day saya masuk kelas itu. Waktu itu ditangan kanannya memegang pen stabilo. Bukan 1 kaler, bukan dua kaler, tapi banyak okeh. Ada la dalam 10 kaler macam tu. Tangan kirinya pula digunakan untuk menulis. Dan sepanjang menulis note itu, aku tengok dia rajin tukar-tukar pen stabilo tersebut. I guess, dia guna banyak warna dalam notanya (of course notanya berwarna-warni).




Untuk pengetahuan anda, kuliah subjek tu bukannya memerlukan usaha yang sungguh-sungguh untuk membuat nota cantik-cantik dan berwarna-warni sakan. Kebanyakan pelajar yang ada hanya menulis sikit2 je, guna pen(paling banyak pun 2 or 3 kaler) atau pensel atas kertas kosong. Aku ni lagi la, mengamalkan konsep scan masuk terus dalam kepala (bajet2 boleh hafal). Malas seyh nak salin2 ni. Baca bukunya sudah. Lagipun subjek elektif kan, BM pulak tu, soalan final nya ABC boleh tembak-tembak mana yang patut. Kalau susah sangat, baca Al-Fatihah atau ayat Kursi sambil gerak-gerakkan pensel berulang-ulang berlegar-legar di sekitar pilihan jawapan tersebut.. Bila bacaan tamat maka hentikanlah gerakan pensel tu. Tengok pensel tu berhenti kat mana. Kalau A pilih lah A, kalau B pilih B and so on and so of. Ceh, explaination detail giler seyh. Macam pernah buat je nih (Siapa pernah buat? Siapa? Siapa? Kahkahkah Nadia la tu)



Oklah, berbalik kepada DIA tersebut, hari-hari berikutnya memang kerja aku meng-usha dia je la. Wakakakkakaaka!!! Memang setiap kali aku tengok tu, pen stabilo warna-warni tu memang tak pernah berenggang la dengan dia. Kagumnya aku!!!! (tak kisah la kalau orang lain tak kagum tapi aku nak kagum jugak). Masa first day kelas, kami semua dah perasan dia. Memang terus kami bercerita pasal dia. Meluahkan kepelikan tentang dia. Pelik. Mana ada lelaki lain macam dia. Sanggup memegang pen warna-warni di tempat awam. Wakakaka!!!




Actually pasal dia yang suka guna pen warna-warni tu bukan kitorang je yang perasan. Orang lain yang berada dalam kelas yang sama pun perasan jugak . Oh ada peristiwa yang berkaitan ini tapi terpaksa dirahsiakan takut terbocor pulak identity DIA tu.



Masa tu rasa kagum terhadap dia tak lah menggunung. Sebab gaya dia macam lelaki poyo sikit (faham2 sendiri lah gaya macam mana tu). Nadia mana suka lelaki yang poyo dan macam nak menunjukkan kehebatan dirinya sendiri je. Err..I can see. Kadang2 kalau kita perhati betul2, bila combine gaya, nada, isi percakapapn, kita boleh agak orang tu macam mana kan. Lepas tu, dah nama keep my eye on him, for sure la masa dia kat depan present apa-apa ke, kita teliti betul-betul kan. Masa dia present kat depan tu, baru je dia cakap sebaris ayat, aku rasa macam TERPAKU! Ya , terpaku. Englishnya sangat fluent. Naturally. Bukan sahaja fluent tapi sangat sangat sangat smooth (bila perkataan ‘sangat’ diulang 3 kali bermaksud extremely smooth). Act, aku banyak jugak dengar gaya orang bercakap English yang fluent (termasuk TKB and also my lecturer skali) tapi cara dia tu memang menarik lah sampai boleh buat aku terpaku dan dengan 150% apa yang dia cakap (mungkin dia guna jampi serapah ke apa tak tahu lah. Hyep! Tak main tuduh2. Kehkehkeh). Isi yang dia cakap pun takde yang merepek atau poyo atau sewaktu dengannya. Memang berubah terus 100% tanggapan aku terhadap dia. Gaya dia yang macam poyo sikit(tapi macho.ngeh3x) tu tak match langsung dengan gaya dia bercakap. Cara dia present tu tak macam orang lain yang aku pernah tengok. Kalau orang lain aku perhati 70%, dia aku perhati 100% (note: aku memang suka perhati gaya orang bercakap). Takde unsur2 lawak tak jadi ke apa ke. Tak de unsur berlagak yang English konon ada slang padahal English dia memang fluent. Boleh kata cara dia bercakap professional la kot. Sangat.




Ada lagi peristiwa2 lain yang membuatkan aku lagi admire dia tapi sulit diceritakan. Oh ye, kami selalu jugak terserempak di fudcourt tapi masing-masing buat tak tahu walaupun saling kenal. Biasa lah nadia ni macam tak tahu pulak. Mana rajin tegur-tegur atau sembang-sembang dengan lelaki di café.


Soalnya, di mana DIA sekarang? Masih di UPM kah? Ya, dia masih di UPM in degree (dia lepasan DIPLOMA so lagi tua daripada aku walaupun kira junior). Dia di kolej....(tak tahu yang pasti bukan kolej aku). Budak2 yang masih di UPM carilah kalau dapat kahkahkahkah.



Apa-apa pun aku memang sukakan kelainan.Nanti aku mahu cari kelainan orang lain pulak ;)*kenyitmata*

p/s: Kawan, saya offline dulu ya. Kali ni agak lama. Mungkin 1 bulan, mungkin 2 bulan. Mahu menyelesaikan yang penting-penting dahulu. Kerja@berkursus@ dan bla bla bla. Insya-Allah bila segalanya dah selesai dan hati sudah lapang, saya akan kembali ke alam maya ini(confirm masa itu rumah sudah pasang internet) dan menyapa kalian. Jumpa nanti ya!

11 voice out:

farah, s. said...

woah! nadia admire someone?? hihi ;p

yg tak thn tu bwk pen kaler2 tuuu.. comel je. hahaha. mmg unik la kalau cmtu. ni kwn2 nadia yg bc entry ni mesti tau sape org tu kn? dah bocor dah identiti dia. hahaha.

lamanya nadia nk offline!! tp xpe2, selesaikan ape2 yg patut. gonna miss ur writing :)

Nadia said...

comel kan? comel kan? hihhii..Err..diorang tu memang tahu dah. Kitorang selalu cerita. Yang tak suka akan cakap "Apasal la korang minat dia tu, mana uniknya tak tahula" . Yang minat dia skali akan back up dan mempengaruhi yang tak minat supaya turut minat sekali.kehkehkeh

Nadia said...

farah, gonna miss u too :)

zureen @ mama said...

Semoga berjaya pujuk ayah pasang Streamyx kat umah ye..kalo lama tak bersiaran rindu pula..

Anonymous said...

wah!

diya baca entri nadia ni pun terus ter admirer si dia tersebut!! hahaha

no wonder lah nadia admire dia ye. memang unik orgnya. sebab sepanjang hayat diya pun belum ternampak lagi dak laki pegang pen warna warni tak ingat dunia =p

btw, kagum lah part english dia fluent tu. biasanya orang yang terror speaking ni diya byk jumpa jenis riak wal bangga diri dengan slang apa kebenda tah. tapi, bagus lah budak tu jenis tak mcm tu. =)

kirim salam kat dia kalau nadia terserempak ngan dia ye. hehe

p/s-diya ada satu paper lagi ni. belum boleh balik lagi kalau habis exam pun. huhu.

p/s-selamat menempuh alam pekerjaan =D

Nadiah Suhaidi said...

wah2..kalau calon bf or husband cemana pulak ye nadia? hihi. all the best cr kerja k!!

Encik Shino said...

selamat selesaikan benda WAJIB..
:)

Tp nota yang berwarna warni kan mcm girlish sket hehe btw, sy xsuka buat nota masa blaja2 dlu... he..

Yana Ismail said...

ha ha ha..Shino jealous...kah kah..;P

Unikk!mmg unik..yana suka part yg fluent English itu..terbeliak mata pndg kalau dgr org gitu..huhu..;)

jgn lama sgt myepi..huhu tp yana ni pun tk taula, mcm lama je nnti tk on9..huhu

IamYonna said...

aduhai dik.. awat keluar sekerat2 gak adik punya layout eh? kene highlight text baru leh baca heee

cepat2 pasang streamyx :D
skang ni dah murah.

btw,good luck for ur future undertaking k

nik^aiyie said...

where is ur pen kaler2??hehehe rite beside me lowhh..ehehhehe saje bagi addy jeles.......heeeeeeeee rindu awak ahh:)

Admin said...

eee comel ye. haha