Pages

pendatang asing dan alkisah senyuman


HAI HAI HAI !
@tata@tata@tata@tata

Sesi berehat bersama blog (Kit Kat takde, blog je ada).

Baru lepas satu paper final tadi. Subjek TKB. Yahooo! Terlepas satu beban. Eh! Jap jap jap. Kenapa yahoo? Padahal soalan bukannya senang sangat sampai belum habis masa terus nak submit ke apa ke..Ermm..maybe dah habis satu paper final exam kot. So, kene la yahoo jugak tak kisah la senang ke susah ke. OK, after this i got 3 paper to go!


Gambar di atas bukan hanya sekadar piano. Ia juga mempunyai senyuman =) Macam2 reaksi hati aku bila baca entri ni. Aku memang dari dulu tak boleh terima lelaki yang original Pakistan ke India ke Bangla ke..Letak la hensem mana pun depan aku, Shah Rukh Khan ke Hitrik Roshan ke, aku tetap rasa annoying. First, dah tentu sebab aku rasa mereka ni pendatang asing tanpa permit walaupun mereka ada permit. Hahaha!! Negative betul. Second..er..er….entah, tak tahu la sebab apa tapi memang tak suka. Kalau mereka panggil2 ke, tegur2 ke aku rasa macam heee….Jangan buat macam tu boleh tak? Haha..Padahal bukan apa-apa pun kan, sekadar tegur ke panggil ke takda effect, tapi bagi aku, memang effect besar.




Dulu masa keje kat dot dot dot (masa cuti sem 3) memang agak banyak Bangla kat tempat kerja kau tu. Sorang pun aku tak pernah bertegur. Senyum apatah lagi. Kalau terserempak, aku buat muka takde perasaan. Lagipun aku masih ingat pesanan ayah aku. Kalau warga asing ni, tak payah nak beria layan sangat, nanti dibomohkan kita. Atas dasar itu, aku ikut la cakap ayah aku (baik kan anak ayah ni?kekekekekekeke) .




Lepas tu macam biasa la, bila aku tak ‘bermesraan’ dengan mereka, mulalah kedengaran suara-suara mereka “Adik manis..Kenapa sombong2?” Eh eh, rasa nak siku2 je mereka ni! Apa kes nak suruh aku senyum dengan dia? Aku tak pernah berurusan dengan mereka pun. Setakat lalu je pun. Ya ! Aku MEMILIH dalam nak senyum dengan orang. Maksud aku , aku hanya senyum dengan orang yang aku rasa mempunyai ikatan hati yang agak dekat dengan aku (Cheeewwwaaahhhh!!!Ayat tak boleh blah!) Err..maksud aku, dengan orang yang aku senang la. Plus dengan orang yang aku pernah berurusan dengan mereka dan aku senang dengan mereka. Bila senyum, means bukan kerana terpaksa ke apa ke.. Ialah, dah aku tak suka dan anti bangla, so paham2 sendiri lar..hoho. Aku bukannya berat sangat nak tegur2 orang sekeliling ni, tapi dengan ‘rakyat asing’ ni, memang aku tak boleh pergi la.hahaah! Sekian , terima kasih.





Err.., bila bangla tu dah cakap camtu, aku just senyum je la. Tapi, memang FAKE lah senyuman aku tu. Dan pada masa tu je la. Yela, dah orang tegur kita, takkan kita nak malukan dia dengan tak membalas teguran dia kan? Dia takde lah membuatkan sesuatu yang menyampahkan aku pun, Cuma aku je yang tak suka mereka tak tentu pasal. Hahaha..Yang tak bleh blah tu, lepas tu aku buat donno lagi, bila kene tegur lagi (aku hanya senyum yang fake). Lepas tu, bila kene macam tu, jalan yang paling selamat, setiap kali terserempak dengan mereka , AKU AKAN TUNDUK BAWAH ATAU PANDANG FOKUS KE ARAH TEMPAT LAIN. Hahah!! Ni taktik nih! Totally berkesan!


Dengan siapa aku takkan senyum?


1) Pendatang asing. Bangla, indon philipina bla bla bla
2) Orang yang aku rasa dia tak suka aku (Instinct aku macam boleh diterima)
3) Orang yang aku tak suka



Err..nombor 2 dan 3 macam ada relation la kan? Jika nombor dua adalah benar, nombor 3 juga adalah benar. Faham tak? Maksudnya jika nombor 2 betul, secara automatic nombor 3 pun betul. Err..ringkasnya, kalau sape2 tak suka aku, aku akan AUTOMATIK dan menggunakan kuasa veto yang ada dalam diri dengan tak suka dia jugak.hahaha... Fair kan?


Dengan siapa aku akan senyum tanpa ragu-ragu dan tanpa rasa canggung? Senang je…

"Orang yang aku rasa bila aku senyum, dia akan balas balik dengan ikhlasnya."





Pelik, walaupun aku agak selected untuk senyum, when it comes to professional (means saya tengah kerja ke), berani weh saya senyum. Dengan lelaki pun walaupun tak pernah kenal pun before tu.. Walaupun awek/isterinya ada di sebelah, saya masih boleh senyum kepadanya semanis madu..hohoho..Ok, do’t get wrong. Bukan senyum gatal lah, senyum ikhlas. Ececeh..Ialah, selama ni saya kalau tak berapa baik dengan mana2 lelaki, jangan harap la nak senyum sana sini. Mana taknya, nanti tak pasal2 aku kene cop perempuan gatal pulak kahkahkahkahkah.



p/s: Sebab saya agak berat untuk senyum dengan lelaki ni , dulu2 (bila tah, lupa) pernah ada someone yang kata dengan saya, dia selalu tegur saya dan panggil nama saya sambil senyum semata-mata nak tengok saya senyum kepadanya. Dia kata senyuman saya comel ke apa tah. Kahkahkah.. Euuwww…Memang kelakar statement tu sebab tu saya tergelak kejap. Tak sangka dia boleh mengeluarkan statement itu. Katanya susah nak tengok saya senyum sebab tu dia buat macam tu..hahaha…Taktik dia memang menjadi, sebab biasanya siapa2 yang saya kenal dan senyum terlebih dahulu, saya takde masalah untuk membalas :)




p/s: Dah lama tidak melemparkan komen di blog anda semua. Rindunya..... Macam ada sedikit kejanggalan bila perkara yang kita sudah biasa buat tetapi kita tidak buat..






p/ss: Kepada blogger pelajar tahun akhir. Diya dan Yana, tidak ketinggalan rakan sekolej. Selamat melangkah ke alam pekerjaan. =)

5 voice out:

Yana Ismail said...

hu hu hu..kalau dengan yana, jgn tak senyum plak..alaahai..dah start final? yana 20..huhu esok viva..cuaksni..bila viva?huhu

emm. agkla.agk prejudis thadap mereka.alaahai..

thanks dear. alam pekerjaan?huhu sounds scary..hihi

zureen @ mama said...

senyumlah seindah suria..lalalala.
Senyumkan sedekah..tapi bab org bangla panggil2 gadis dgn gelaran 'adik manis" memang paling dibenci..

Anonymous said...

oh my god, yang oiii. bagi wishing yang menusuk qalbu betul. hahaha. terima kasih, terima kasih. diya pun skrg mcm tak percaya dah nak masuk alam orang dewasa. hi hi hi

owh. tak sangka pulak nadia anti dengan orang2 asing nih. just, walaupun nadia tak suka, at least jgn lah bersangka buruk sgt2 dgn mrk ye. kesian mrk. bukan semua jahat2. =)

Nadia said...

yana: hehe..mesti senyum..hihi.. viva dah lepas dah. 9 april lepas. 20 april? lambat jugak ea..bestnye..huhu..nadia ni dah la takde study week. Tiba2 dah start final. Adeh..

kak zureen: betul2. Bila dengar perkataan adik manis tu rasa macam eeee....ahhahaha

diya: alam dewasa, juga alam ala2 berumah tangga. Itu la yg nadia paling takut skali. Takut kawen..wakakakakaa...

betul2, tak semua jahat. Tapi bila ramai yg buat benda tak elok, semua dapat nama.. Adeh, curiga tak booleh buang..huhuhu

farah, s. said...

sama la ngan nadia. akan senyum bile confirm org tu akan senyum balik kat kite. bukan ape, sebab selalu terjadi pada frh, bile senyum org wat dek je. eee.. geram. macam la mahal sgt senyuman tu.. >.<