Pages

Kenangan terakhir bersama rakan baik





Errr..memandangkan entri lepas tulis panjang bebenar yang memerlukan kegagahan fizikal dan mental(HIME jangan lupa baca), maka entri ini dah takde idea untuk tulis panjang. Hanya gambar-gambar dan sedikit caption untuk menghiasi entri kali ini.







Malam tadi buat HIME's night. Makan-makan. STEAMBOAT buat sendiri yang sedap. Nyum3!!!








Nampak tak cahaya oren-oren dalam gambar di atas?Itu cahaya keimanan nama dia! Wakahkahkah! (tipuuuu!!!) Lampu tu adalah lampu tidur garam, cenderamata yang kami dapat masa dinner kolej final year hari tu. So, kami buat hiasanlah dalam aktiviti kali ini. Gunakan segala sumber yang ada.






Menu kami. Tak nampak? Jom tengok satu-satu.

1)






Ini lah yang telah membuatkanku teruja dalam entri yang lepas (22 April punye entri). Cendawan pertama bernama Shitakae. Cendawan kedua bernama Tiram dan cendawan ketiga adalah ..(lupa la nama dia, tapi ada nama korea yang pasti~tu yang panjang-panjang warna putih melepak tu la).Memang stok cendawan2 yang ada di muka bumi ni memang aku suka betul lah. Semua bahan-bahan memasak ni beli sendiri nih. Rabu lepas, saya dan Sya telah dinaiktaraf menjadi makcik-makcik (untuk sementara waktu) yang memegang bakul di tangan lepas tu kami berdua khusyuk betul membeli-belah macam bagus sangat memasak.Kahkahkah!!! Pilih sana pilih sini. Pilih udang, pilih sayur. Well, act sikit la... Bukan senang gadis single usia 22 tahun ni membeli-belah di pasaraya area tempat masakan@sayuran sambil pegang bakul tanpa ditemani emak. Selalu emak mesti ada kat sebelah.



2)



Udang dan sotong. Sotong kat bahagian bawah sebab tu tak nampak sangat. Udang menguasai gambar ini sebab dia lagi sedap daripada sotong . Seafood kegemaranku (tapi tak boleh makan selalu nanti naik jerawat)




3)

Bebola-bebola.






Sya yang buat menu tu. Rajin & kreatif betul dia. Boleh terfikir nak buat benda ni.




Apa-apa pun setting tempat duluuu...Ni kat bilik saya dan nik nih. Kat dinding tu idea Sya, tapi saya dengan dia buat skali. Sila abaikan huruf S dan N yang tak berapa nak betul tu. Tu namanya kreatif main terbalik-terbalikkan huruf (eceh, padahal tersilap tampal). kehkehkeh!








Lepas setting tempat baru duduk dan ambil gambar berempat guna setting self-timer (ceh, ini pun nak cakap ke?)




Lepas tu main campur-campur je masuk dalam periuk elektrik. Mula-mula ingatkan nak masukkan ikut urutan. Contoh: Group cendawan masuk dulu, diikuti dengan group bebola, kemudian group seafood (sotong dan udang). Last2 main masuk je lah malas nak ikut urutan semua (ingat dinner ke nak main ikut2 urutan. hahahaha!!!)

Tamat sudah entri berunsurkan gambar+caption ni.

Yang pasti tomyam itu sedap giler. Kami guna pes tomyam (abaikan kiub, kiub tak berapa sedap berbanding dengan pes. Pendapat saya la..heheh)




13 voice out:

farah, s. said...

omg! sedapnye. aghhh nak jugak T.T

farah pun suke sgt cendawan. yum2.

aimi liyana said...

wahh, sedih nya berpisah kan dgn kawan baik 3tahun :(

mun-e said...

beshnyaaaaaaaaaa.. beshnya frenship korg ^^

Cikgu Ije said...

jelesnya nadia ada kawan2 gini.. sob2~

Nadia said...

Farah: Sedap kan? Nadia kalau cendawan ni boleh histeria sekejap kalau jumpa.kehkehkeh

aimi liyana: tu la. T______T

mun-e: semua orang mesti ada frienship2 tersendiri yang besh kan?

kak ije: Kak, semua pun ada frienship2 yang tersendiri kak. Akak pun mesti ada jugak kan =)

Anonymous said...

huwahhh nampak sangat sedap itu steamboat!~~

for the last time makan sama2 kat upm ye? takpe, dh habis nnt still boleh hang out together kan =)

Nadia said...

diya: yup2, memang sedap!hhuhu

yup2, tapi keaadaannya pasti tak sama seperti dulu kan. Mesti masing-masing busy bersama kekasih, suami atau keluarga(Chewah, jauh pulak nadia fikir.kekeke)

Yana Ismail said...

mak aih...sonoknyeee!simple tp meaningful,,msk and mkn sama2..huhu sodappnyo, nak ckit?

Nadiah Suhaidi said...

wah sonoknyeee tapi pasni takut dh payah nk jumpe lagi kan? :(

zureen @ mama said...

Mesti sedih kan bila dah berpisah nanti ..jarang dpt bertemu semula spt selalu..

Encik Shino said...

wahh seronok..
tumpang rasa sket bleh..?? :D

Admin said...

hoho. share2 la makanan tuu

en_me said...

sodeynyerrr..