Pages

Aura kedewasaan


Setiap kali aku beritahu umur aku kat sesetengah orang, mostly diorang akan terkejut. Kadang2 depa dengan yakinnya cakap "Sekolah lagi ke?" . "Tak lah. Dah habis dah"-aku balas. "Oooo, tengah tunggu SPM la ni?"(muka yakin giler). Pastu bila diberitahu umur aku mesti buat reaksi terkejut sebab anggapan diorang adalah salah. Pernah dulu ada orang estimate umur aku Form 2. Fuhhh form 2 kauuuu nasib tak darjah enam. Kalau darjah enam memang tak dapat diselamatkan lahh<---nanges!

Bila jadi macam ni aku selalu terfikir 2 sebab je . Sama ada ianya compliment (awet muda gituuu. Memang terima kasih la kalau fikir macam ni bwahaha) atau nak kata muka aku selebet/selenga ala2 macam budak hingusan/budak tak cukup umur (owhhh tetiba akan keluarkan bunyi 'tsk tsk tsk' kalau dianggap begini). Bukan merendah-rendahkan diri okeh. Tapi selalunya kalau ngadap depan cermin tanpa pakai apa2 kat muka mesti aku rasa muka aku selenga semacam je (selenga2 camni pun selamba je aku kuar tak pakai pape make-up/bedak takde la rasa selenga taknak kuar kan macam sesetengah orang yang takleh hidup tanpa makeup tu). Konfusi umur selalunya terjadi bila begini (muka tak pakai apa2 langsung.Kebetulan tadi gi rumah ada orang tu tak pakai pape tu yang jadi lagu tu). Sooo bila aku pakai bedak compact skit2 or eye-liner skit2 barulahhh aku rasa macam 'aura kedewasaaan' sedikit sebanyak gituuu. Wahh motip je tetiba datang aura kan. Ni aku dah calit sana sini kalau orang panggil budak lagi aku tak tahu la nak cakap kan. Sebab aku boleh kata kalau calit sana sini memang takde orang kata tak budak2 dah.

Jom tengok perbezaan calit2 yang aku maksudkan



Muka tak berbedak langsung. Kosongggg. Kalau yang paling asas (bedak) yilek makanya yang lain2 pun automatik yilek takda. First year kat uni kalau tak silap. Maklum laaaa, dulu mana reti bedak2 ni. Bedak baby pun kalau beli pakai kat badan je. Ok baru teringat, dulu2 aku takda jerawat, sampai akak yang pernah make-up kan aku masa malam kebudayaan dok praise kulit aku licin, siap buat muka kagum terkejut tercengang-cengang bagai sampai aku termalu-malu dah taktau nak wat reaksi kat dia macam mana. Bwahaha. Sekarang apasal tah jerawat kecik2 tu rajin tumbuh dan jerawat besar sekali sekala. Nak kata sebab ada kekasih, takda pulak. Kekasih gelap pun takda. Crush2 ada la (adakah sebab ini? kahkahkah). Pastu parut2 jerawat dah start wujud dah walau tak bape ketara. Huhuhu.




Ni muka pakai bedak compact saja. Blusher ala2 je (macam takda kesan?). Pastu malas nak pakai eyeliner atas mata, so aku pakai eyeliner kat bahagian bawah mata sahaja (yang putih2 tuu). Pastu takda gincu, calit lipbalm Mentholatum sheer colour je, mula2 memang pink2 ala2 pakai gincu gitu (orang kata aku pakai gincu instead of lipbalm,boleh?) , pastu bila petang(lama2 sket) nampak takkkkk bibir aku tu (sila click kat gambar kalau rajin), kering huduh ok. Selalu je aku dapat kutukan padu sebab bibir aku camni. Bibir aku jenis yang senang kering tau. Dia macam kering tau pastu pecah2 dan muncul kulit yang macam terkopek-kopek. Sebab rimas kulit bibir yang hidup segan mati tak mahu so aku matikan terus dengan kopek terus, terusss kuar darah. Pastu darah tu kering jadi la camtu, jadi merah tompok2. Aihhh bibir oh bibir, masalah Justin Bibir betul. Gincu banyak2 beli mesti aku pakai 2-3 kali je pastu buang. Pakai gincu buat bibir aku kering dua kali ganda. Ottokeeee? Bila tengok bibir orang lain yang gebu2 ni terus aku insap kejap *lepas ni harus gi famarsi cari ubat sapu untuk bibir kering since petua sapu mentega&vaseline tak berkesan untuk aku*




Haaa yang ni sama macam di atas cuma tambah eye-liner hitam kat bahagian atas mata (feeling mata besar sat. Err besar ke masalahnya). Bibir tak kering dan nampak lembap sebab ni masa mula2 apply lipbalm (dah petang2 kering balik mcm gambar atas tudung kelabu tu tsk tsk tsk). Pastu kat pipi ada blusher+bedak compact+eyeliner putih bawah mata. Memandangkan jarang aku bermake-up banyak camni (banyak ke masalahnya?wakaka banyak bagi aku laa), haruslah camwhore banyak2 kali macam jakun kehkehkeh

So taktau la kalau aku tambah barang2 lain seperti Mineral loose powder+mineral foundation+foundation (eh bape banyak foundation da?? berlayer-layer kekdahnya)+eye-shadow+maskara+bulu mata palsu ala RCW+ concealer (camni ke ejanya? dah macam kaunselor la plak)+makeup base primer+lipgloss+gincu (oh alergiknya dengan gincu!) etc etc (apa lagi? aku tengok beg makeup orang yang rajin make-up ni macam berpuluh-puluh je barang) jadi macam mana lah kan. Haruslah rasa macam aura kedewasaan berganda-ganda triple multiple pastu camwhore patpuluhpat juta kali. kahkahkah. Aku rasa time kawen je kot ;P

p/s: Seumur hidup aku, sekaliii je aku pernah make-up full overboard. Itupun sebab wajib make-up, make-up artist disediakan. Masa first year masuk pertandingan seni kebudayaan antara kolej. Dah macam patung opera cina dah muka aku. Tebal sungguh bedak+fondation kekdahnya. Macam heart-attack tengok muka sendiri depan cermin toilet. Masalahnya gincu merah menyala ok! Disaster betul, sebab mata dah solek tebal abis dah. Mengikut peraturan make-up terkini yang aku baca, solekan tebal di bahagian mata haruslah dipadankan dengan gincu kaler nude yang tak bape menyerlah (at least pink boleh? kaler merah makngah tak boleh diterima oleh akalku untuk warna gincu aku). Patutlah macam pelik je make-up aku tu kan memang patut terkejut(walaupun tatau pape pasal make-up still boleh rasa 'kena' atau 'tak kena' make-up tu). Kalaulah gincu tak merah menyala haruslah aku camwhore patpuluhpat kali.

p/s: Selalunya umur 15/16 ke, kalau sesapa pakai make-up lengkap blusher, eye-shadow,bulu mata palsu,eye liner,foundation etc etc etc selengkapnya, confirmmmm aku akan tertipu dan agak umur dia atas 20. Orang korea (artis pun) ramai camni. Selalu je terkejut bila tahu umur sebenar diorang. Tak ketinggalan blogger2 budak sekolah yang rajin make-up tu.

1 voice out:

mun-e said...

lps mekap pon masih mcm budak2. hihihi. ok la tu. awet muda ;)