Pages

Evolusi KL Drift 2



Baru je keluar Sunway Piramid dengan mummy wanna be, Wawa. Ex-rumate masa kat matrik. Mula2 ingat nak tengok wayang cerita Alice In Wonderland tapi full, malas nak tunggu amik je cerita KL Drift 2. Ok, meh sini aku komen sorang2.

Aaron Aziz


Dia memang pelakon yang versatile. Sesetengah pelakon hanya boleh watak2 yang streotaip. Streotaip adalah bermaksud : Kalau stok muka jiwang+romantik, drama jiwang+romantik je la yang mereka boleh berlakon. Kalau stok muka gangster2, watak gangster je la yang diorang leh bawak. Dulu Rosyam Nor pernah cakap kalau dia namakan seorang artis yang akan jadi pengganti dia, dia namakan Aaron Aziz. Yes, aku setuju dengan pendapat Rosyam Nor. Ko bagi je apa2 watak kat dia, confirm menjadi. Dari watak romantik sampailah watak gangster semua menjadi. Memang bravo ah dia ni. Tabik spring toink toink kat dia. Kalau dulu dia boleh membuatkan aku suka dengan dia dalam drama Emil Emilda, kali ni dia berjaya membuatkan aku menyampah dengan dia dalam filem Evolusi KL Drift 2 ni. Jahat+kejam. Itu yang boleh aku describe watak dia ni. Dari memek muka+gaya bercakap+penampilan memang sebijik macam gangster. Part yang aku tak senang duduk tu bila scene dia belasah Farid Kamil & Scha. Ohowww, memang kejam ar. Bergenang air mata aku masa tengok Scha kene tembak.

Shaheizy Sam

Aku hampir tak kenal dia. Aik? Nama kat intro ada si Sam ni tapi mana satu dia? Wohooo.. Dia pakai misai dan jambang rupanya. hehehe.Dia pun sangat menjadi wataknya. Nak cakap versatil aku baru tengok 2 je drama yang dia berlakon so takleh nak cakap sangat. hehehe. Tapi watak dia ni sama je kejamnya dengan Aaron. Menjadi la kiranya. Muka+gaya cakap+segala-galanya. Dia dengan aaron cakap pun ala2 style tyco cina "wa lu wa lu"


Shamsul Yusof

Dia punya lakonan dah meningkat la sikit. Dulu masa dia masih baru2 lagi berlakon, lakonan memang tak boleh blah. Tone suara pulak ke lauttt. Haha, maksudnya tone suara dia tak selari dengan dialog. ngeh ngeh ngeh. Eh, jujur punya penilaian ni. Sekarang lakonan dia ni boleh tahan la.

Scha

Shamsul kata suara dia macam Rimau. hahaha tapi rimau2 pun, last2 tangkap cintan jugak.Watak dan lakonan dia sangat la berkesan dan kelihatan 'original'. Watak dia sama macam watak2 dia dalam cerita2 yang dia pernah berlakon sebelum ni. Aku belum boleh kata dia pelakon versatile sebab setahu aku type2 cerita dia berlakon agak streotype. Cam kasar2 pastu gangster2 skit. heheh. Aku masih menunggu-nunggu watak dia yang lain dari yang lain.

Eh, dengar cerita watak Scha ni ganti Diana Danielle kan? Kiranya watak dalam cerita ni sepatutnya Diana la bawak tapi sebab ada 'masalah tertentu', Scha la penggantinya. Serius aku kata walaupun Diana Danielle tu sangat cantik, kalau dia bawak watak Scha dalam citer ni, rasanya tak berapa menjadi kot. Tone suara memang ke lauttt. hehehehe. Sebab berdasarkan lakonan2 dia before ni, belum cukup 'gangster'. Aku still nampak dia sebagai gadis ayu2 gituuuu. Kalau dia berlakon watak kasar, aku still tak nampak di mana 'kasarnya dia'. heheh. Takpe2 dia muda lagi, ada banyak masa lagi untuk 'sharp' kan lakonan dia.

Eh kejap2 . Aku tetiba je rasa Shamsul dengan Scha ni nampak sepadan bila tengok mereka dalam citer ni. Nampak serasi. Ala, dua2 single kan. =D

Remy Ishak

Tak banyak kot nak komen. Apa-apa pun watak dia memang menjadi dan berkesan. Dia jadi inspektor Kamal, seorang anggota polis yang menyiasat kegiatan jenayah Joe (Aaron)

Farid Kamil

Boleh la. Still berkesan.Tak banyak kot nak komen. Tapi watak dia dalam citer ni sensitif yaamatzz. Sikit2 nak touching sikit2 nak touching. Mungkin sebab faktor dia cacat so sensitif terlebih.


Comment tentang plot

Storyline dia terlalu biasa. Nothing interested. Takde kekuatan yang boleh aku ceritakan kat sini. Malas aku nak komen. Aku boleh kata kalau tak kerana keberkesanan lakonan Aaron, Sam, Scha, Shamsul dan Farid Kamil ni, cerita ni nothing kot. Part kejar mengejar kereta terlalu panjang sampai aku rasa ada la dekat 10 minit kot. Mula2 memang la excited tengok kereta berlumba-lumba, streeeetttttt, streeeeettttt. Bunyi baik punya. Tapi bila scene dah terlalu lama, cam bosan sikit kot.

Rating?

Cam aku cakap, kalau takde Aaron, Sam, Scha, Shamsul dan Farid Kamil ni, cerita ni nothing kot. Pendapat aku, pengarah patut buat homework dengan menonton cerita2 luar banyak sikit. Tengok bagaimana filem luar olah idea untuk buat cerita&storyline. Kalau bab gangster2 ni, boleh la try tengok cerita Hong Kong. Mereka banyak idea dan idea2 mereka agak kreatif =D

Apa-apa pun ini hanyalah pendapat peribadi sahaja okay. Bukan sesuatu yang salah kalau berlainan pendapat =)

p/s: Henset aku bukan setakat buat hal& sakit lagi dah. Ni dah tahap masuk ICU dah neh. TAK BOLEH TAIP MESEJ LANGSUNG DAH SEKARANG. Buka je sliding nak type word, terussss mati&padam secara tiba2. Tiba-tiba je. Dush~