Pages

Nostalgia

Salah satu sebab utama aku suka tengok drama korea adalah kerana muziknya sangat 'in' dengan telinga aku.

Kalau ceria tu, dengar je dah buat aku ceria

Kalau mendamaikan, aku dengar je rasa macam tenang dan mendamaikan

Just nak share antara lagu terawal yang aku pernah minat. Sort of mendamaikan


Only You (piano version). Mendamaikan. Buat aku rasa sangat sangat sangat tenang. Muzik yang agak selalu dimainkan dalam drama (nama pun OST instrumental.haha)



Buat aku rasa macam nak mainkan lagu ini guna piano sama seperti yang aku dengar. Tapi aku pernah sentuh je piano tapi mana pernah belajar. hahaha. Kan best kalau aku pandai main piano T_________T




Ini lagu sebenar. Penyanyi Ryu. Aku suka dengar suara dia kalau nyanyi rentak2 macam ni.. Tak tau kenapa. hahah. Kalau tak silap aku semua OST cerita ni dia yang nyanyi. Eh lupa nak cakap, cerita Winter Sonata. The memoir and nostalgia of Kang Jun Sang dan Jung Yu Jin.

Sebenarnya tv kat rumah aku sekarang ni terpasang TV 2 , drama melayu apatah, dan menggunakan music ini dalam cerita (dalam satu jam yang lepas aku dengar). Tetiba aku rasa syokkkk je. Tu yang buat aku macam "Eh ini OST Winter Sonata ni" tapi aku lupa tajuknya apa. Dan dan ok cari kat youtube ;P

Oh ye. Masa aku try nyanyi bersama-sama dengan penyanyi asal, tak sangka lirik lagunya (in korean) masih lagi lekat dalam kepala dan masih boleh menyanyi mengikut rentak asal. Aku ingatkan aku dah lupa terus lagu ni since dah 8 tahun aku tinggalkan lagu ni. hahahaha. Dulu kan zaman internet macam tak berapa popular so takde internet pun kat rumah aku. Nak cari lirik macam mana kan. Tahu tak macam mana caranya aku hafal lagu ni? Aku beli CD OST kat pasar malam (kebetulan sangat ada), pastu aku play ulang2 kali sambil salin lirik bagi bunyi dia sama dengan penyanyinya sebut. Korang bayangkan la betapa gigihnya aku, dah la bahasa yang sangat asing bagi aku. Kejap2 pause kejap2 rewind pause lagi rewind, reverse banyak2 kali. Kalaulah vcd kat rumah aku tu cap ayam, agaknya dah lama rosak gara-gara aku. hahaha

Tapi tu dulu. Cuba sekarang kalau ada cerita korea terbaru, tak lama je pastu confirm ada orang yang tolong buat lirik lagu pastu sebarkan kepada umum. haha. Kehebatan internet. Sangat memudahkan.

p/s: Dalam Winter Sonata ni, HANYA dua lagu je yang aku minat (hahah aku ni memilih sikit lagu). Lagu atas ni (Only You) dengan lagu From Beginning Till End (lagu utama. ). Lagu From Beginning Till End tu Hazami dah remake balik jadi lagu dia. Sonata musim salju tajuknya. hahah.Dua lagu ni aku boleh kata aku sangat suka dengan susunan music score nya . Dua lagu korea yang pertama aku minat. =D

Ish TV2 ni kacau betul lah. Kan dah tak pasal2 keluar entri yang aku tak berhajat pun nak keluarkan entri sekarang. hahaha. Maklumlah, bz kan sekarang. Ok, mahu sambung layan Personal Taste ;P

Kejap kejap. Apa persamaan Winter Sonata dengan Personal Taste? Heronya kerja sebagai arkitek. Baru aku perasan. lalalala~

0 voice out: