Pages

New environment

Erm..masuk hari ni dah hari keempat aku bekerja di tempat baru. So far ok.

Hari first dan hari kedua, terasa kebodohan yang melantun-lantun. Biasa la, bila first time didedahkan dengan benda baru , sangat baru (ICP system which is lain konsep dari tempat kerja yang lama) , of course la blur2 kejap. Mana ada orang ajar sekali je terus pandai kan? Hari first, aku diajar benda2 yang simple pastu di hujung2 tu dah start ajar benda yang complicated skit. Hari kedua aku belajar benda yang more complicated lagi. Oh sangatlah blurrrr!!!!

Hari ketiga, blur lagiiiiiiiiii!!!!!!!!!!!!

Hari keempat which is hari ini aku dah pandai sikit dah *tepuk tangan*. Teheee =D Pengiraan yang memeningkan dah tak terpening-pening dah. QC standard yang aku sangatlah blur awal2 dulu, aku dah boleh prepare dah. Pipet canggih tu yang awalnya aku macam bodoh je nak guna, aku dah terer guna dah. Pelik owh, pipet pun aku boleh terconfius-confius nak guna. Pipet je pun kan. Setiap kali guna mesti aku confius. Aku sangat confius dengan unit microlitter dengan mililiter. Tambahan lagi keadaan pipet tu sendiri mengelirukan aku. Sampai orang yang train aku tu confius kenapa aku boleh confius.


Persekitaran/ rakan sekerja= Well, tapi tak sebest dulu. Tempat kerja dulu, first2 masuk je aku dah terasa suasana kemesraan, dan semakin berkembang dari hari ke hari. Budak sales boleh easily mix-up dengan budak technical walaupun lain2 department. Budak operator(production) di mana tarafnya hanyalah spm sahaja boleh bergelak-ketawa dengan manager semasa bersembang hal bukan kerja. Is it interesting? Everyone can easily mix-up between each other.Takde gap antara jawatan. Yang membezakan hanyalah nama jawatan dan tugasan sahaja bukan dari segi pergaulan. Aku sangat suka suasana macam tu. Entah bila lagi aku boleh dapat the same environment again. Oh, rindu dengan suasana dulu especially Kak N dan juga FS. Rindu rindu rindu.


Kat sini aku bersosial (eceh, bersosial) dengan akak2 admin, account dan HR. Bila lunch hour, maka berterbangan la kami mencari tempat makan. Nasib baik muat satu kereta 5 orang.

Ok, aku nak sambung baca note. Supaya aku boleh hafal, takde la esok terkial-kial lagi.

I love ICP!

Ok bye