Pages

Tentang Motor


Aku masih lagi warganegara Cheras. Ngeh ngeh ngeh. Ayah aku decide tunggu aku cekap bawak motor dulu baru dia kasi aku duduk kat tempat tu. Act, aku sebenarnya boleh je bawak motor tapi entah kuasa apa tah mempengaruhi ayah aku buat dia tak percaya dengan aku padahal bila buat testing siap meronda satu taman perumahan 4-5 kali pusingan pun dia tak puas hati gak. hahah. Sebenarnya titik permulaan aku bermotor ni ialah kakak aku la yang ajar TANPA PENGETAHUAN AYAH AKU. Kira belajar underground la nih. Sebab kalau dia tahu dia mesti marah sebab mungkin akan menjahanamkan motor dia (mana la tau kan).hahah. Kakak aku pulak belajar dari sepupu aku masa kat kampung.


Aku rasa salah satu sebab ayah aku tak percaya dengan aku ialah aku jarang bawak motor dalam pengetahuan dia. Aku cam malas & tak bersemangat nak bawak motor ayah aku tu sebab tu aku tak rajin nak explore2 bagai ni (walaupun tahu bawak).Sebab apa? Sebab tempat pulas tu keras (susah nak perah minyak) dan bunyi masa bawak tu masyaAllah kuat yang amat.Sampai aku terconfius-confius, apa laju sangat ke aku bawak sampai bunyi kuat bagai ni? Padahal dah cukup slow rasanya . Dah macam bunyi motor mat rempit okay. Prengggggggggg. hahaha. Itu motor ayah aku la motor kakak aku lain pulak ceritanya. Jenis skutter. Besar dan berat. Aku tak bape berkenan sebab bila aku bawak, mesti badan aku macam terhuyung-hayang. hahaa. Pendek kata, AKU NAK MOTOR BARU!!! Ayah, sila take note okay. Confirm dengan motor baru aku akan rajin bawak. Dengan lesen L ni. weheeeee, best giler!


Oh ye, mahu motor biasa bukan skuter. Sebab? Aku tak suka ciri2 skutter di mana

(1) Brek guna tangan~Aku prefer brek kaki lagi. Sebab kaki aku lebih bertindak balas daripada tangan. Ini terbukti bila aku bawak skutter kakak aku je mesti tyme patut tekan brek aku lambat tekan yang mengakibatkan nyaris2 langgar orang pastu kene bambu dengan kakak aku. hahaha.LOL. Tapi bila aku bawak motor ayah aku masa ayah aku test aku ari tu, boleh je aku control brek. Guna kaki kan. Jarang aku guna brek tangan

(2) Berat~ Mengakibatkan aku terhuyung-hayang semasa membawanya. Tambah2 kalau ada penumpang kat belakang. Kejap ke kiri kejap ke kanan.

(3) Auto, takde gear~ Aku suka main2 gear guna kaki tyme bawak motor ayah aku. Bagi aku, peralihan gear adalah menyeronokkan dan fun. Mungkin sebab dari kecik kot. Dulu masa kecik tyme sekolah rendah bila kat kedai beskal, ayah tanya nak beskal macam mana, aku cakap aku nak yang macam budak lelaki selalu bawak tu. Yang banyak gear sampai 5. Pastu yang besar2 ala2 basikal lumba. Sebab boleh bawak lajuuu pastu boleh tukar2 gear. Cerewet. Dah la beskal type2 mahal. Ayah tunjuk kat aku basikal takde gear yang perempuan selalu bawak tu, pastu yang belakang ada tempat duduk tu, murah katanya,pastu perempuan biasa beskal camtu. Aku cakap taknak. Kalau tak, takpe takyah beli pun takpe. Ceh ceh ceh. Lama jugak la ayah decide before beli tu. Last2 ayah beli jugak beskal yang aku nak. Pelagiiii, tiap2 petang merempit guna basikal, Maghrib baru balik rumah.

Kereta? Buat masa sekarang kereta bukan pilihan. Sebab aku sendiri tak yakin aku boleh bawak lagi buat masa sekarang. Lagi la ayah aku tak kasi aku bawak kereta dia sebab ada sekali tu ayah test suruh aku bawak. Pastu dia tengok aku bawak macam sengallll je kejap ke kiri kejap ke kanan (mueheheheh) so memang takde harapan la aku nak minta2 try test bawak ke apa ke dengan kereta tu kan, confirm dia tak bagi. Tunggu dapat P kot baru boleh. Lagi satu pakai kereta cepat habis duit maa. Dah la aku nak berjimat-cermat ni. Nak memenuhi senarai wishlist yang pernah aku buat dulu. muahahah




Kaler biru muda please!!!!! Ayah aku berminat dengan type motor ni. Mula2 aku prefer honda wave, design cantik tapi ayah kata tak praktikal sebab cc nya rendah. So, bila aku tengok motor ni berimiginasi kaler biru dalam kepala, terus aku pun suka jugak. Teheeee =D.

Soalnya jadi ke amik motor ni?